Umrah merupakan haji kecil, perbezaannya
dengan haji adalah dalam umrah tidak melakukan jumrah, wukuf dan mabit.
Selain kegiatan itu dilakukan dalam ibadah umrah.
Umrah menurut bahasa ertinya berkunjung
atau ziarah, sedangkan menurut agama ialah Mengunjungi Baitullah dengan
niat ibadah dengan cara tertentu dan dapat dikerjakan dalam waktu Haji
mahupun diluar musim Haji dan disebut Haji Kecil. Umrah dilakukan dengan
ihram dari Miqat, kemudian Tawaf, Sa’I dan diakhiri dengan Tahallul
(Gunting Rambut) dan terlepas dari Larangan Ihram.
Hukum ibadah umrah adalah wajib sekali seumur hidup
bagi yang mampu, dan dibolehkan untuk melaksanakan Umrah walaupun belum
melaksanakan Haji.
Allah berfirman yang ertinya:
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
(Al Qur’an Surat 2 Al Baqarah ayat 196)
(Al Qur’an Surat 2 Al Baqarah ayat 196)
Bagi yang mampu melakukan umrah berkali-kali itu
lebih baik lagi, “Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda Umrah ke Umrah berikutnya adalah penebus dosa diantara keduanya
(HR. Bukhari & Muslim)“.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf,
saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Syarat wajib haji dan umrah:
1. Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
2. Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
3. Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
4. Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
5. Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
2. Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
3. Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
4. Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
5. Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
Maksud istitaah atau berkemampuan:
1. Terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.2. Mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
3. Mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
4. Ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
5. Bagi wanita (yang sudah berkahwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin suaminya.
No comments: